Tuesday 12 April 2011

Bengkel Dandanan dan Solekan Best!

Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Dandanan dan Solekan” telah berjaya  diadakan pada 10hb April 2011. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.


Tema Bengkel Dandanan dan Solekan” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Besout 2 untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Besout yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik dandanan dan solekan. Bengkel ini berjaya mengumpulkan golongan GPW dan beliawanis.Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini,  Puan Nurul Azwin Musa amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya. 



 Bengkel ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas Encik Fadzil bin Mansor, Pengurus Felda Gunung Besout 2  dan Pengerusi GPW Felda Gunung Besout 2. Kepetahan Puan Awin dalam menyampaikan pelbagai teknik dan tips dandanan dan solekan menjadikan bengkel pada hari tersebut amat meriah. Ditambah pula dengan penyertaan aktif daripada peserta, pelbagai soalan dan keraguan diutarakan dan mendapat maklumbalas serta merta daripada Puan Awin.


Di akhir bengkel, para peserta meluahkan  hasrat mereka supaya lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Besout 2.
Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menjadikan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.







Ramai peserta yang meluahkan rasa tidak puas dan mahu lagi Bengkel seumpamanya diadakan pada masa akan datang.Pihak pengurusan PJK Felda Gunung Besout 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.

Tahniah kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah menjayakan Program Bengkel Dandanan dan Solekan” ini!


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

1 comment: