Monday 2 May 2011

kemahiran hias wajah tidak disiakan

Tarikh 1 Mei pada setiap tahun menjadi pilihan pada pasangan raja sehari untuk melangsungkan majlis perkahwinan kerana ia merupakan cuti umum kepada kebanyakan orang. Tidak melepaskan peluang tersebut, Norazila Binti Firemli, puteri kepada Encik Firemli Bin Hussin salah seorang peneroka di Felda Gunung Besout 2 ini turut melangsungkan majlis pernikahan. 


Norazila amat beruntung kerana adinda beliau iaitu Norazlin Binti Firemli memiliki kemahiran menghias wajah dan azlin juga ada mengikuti kursus andaman wajah di sebuah institut kemahiran di Perak. Bakat yang ada ditambah dengan keyakinan yang tinggi, Fazlin dengan jayanya mengubah wajah kekanda beliau menjadi anggun dan ayu pada hari yang bersejarah itu.




-sebelum-



-selepas-


sumber gambar : azlin Firemli

kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut, boleh menghubungi Fazlin melalui akaun facebook beliau di Fazlin Firemli

takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Thursday 28 April 2011

Nur D'Qaseh Bridal Menjanjikan Kelainan Wajah

Wajah yang halus dan cantik adalah idaman semua wanita. Kita pasti rela mengeluarkan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit untuk mendapatkannya. Pendek kata, demi menjaga kecantikan, ramai yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit. 

Majlis Perkahwinan juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Sudah semestinya kita ingin kelihatan anggun pada hari yang amat bermakna sebegitu bukan? Golongan wanita terutamanya sememangnya akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar asalkan mendapat kepuasan bagi wajah mereka.

Pada 17 April 2011 yang lalu, Nur Adilla Azhari telah melangsungkan perkahwinan di Tapak Homestay Sg Klah. Nur Adilla merupakan puteri sulung  kepada bekas Pegawai Pejabat Felda Gunung Besout 2 iaitu Encik Azhari yang telah berkhidmat agak lama di sini. Nur Adilla memilih Nur D'Qaseh Bridal sebagai wedding planner ataupun pengurus perkahwinan beliau. Nur D'Qaseh Bridal juga menyediakan perkhidmatan tatarias wajah untuk majlis perkahwinan Nur Adilla. 


sumber gambar : nur D'Qaseh Bridal

kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat hias wajah di hari perkahwinan / pertunangan boleh lah lawati blog Nur D'Qaseh di :


atau boleh hadir terus ke premis kedai mereka yang terletak di Pekan Sungkai (di blok RHB Bank Sungkai)


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Tuesday 12 April 2011

Bengkel Dandanan dan Solekan Best!

Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Dandanan dan Solekan” telah berjaya  diadakan pada 10hb April 2011. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.


Tema Bengkel Dandanan dan Solekan” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Besout 2 untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Besout yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik dandanan dan solekan. Bengkel ini berjaya mengumpulkan golongan GPW dan beliawanis.Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini,  Puan Nurul Azwin Musa amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya. 



 Bengkel ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas Encik Fadzil bin Mansor, Pengurus Felda Gunung Besout 2  dan Pengerusi GPW Felda Gunung Besout 2. Kepetahan Puan Awin dalam menyampaikan pelbagai teknik dan tips dandanan dan solekan menjadikan bengkel pada hari tersebut amat meriah. Ditambah pula dengan penyertaan aktif daripada peserta, pelbagai soalan dan keraguan diutarakan dan mendapat maklumbalas serta merta daripada Puan Awin.


Di akhir bengkel, para peserta meluahkan  hasrat mereka supaya lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Besout 2.
Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menjadikan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.







Ramai peserta yang meluahkan rasa tidak puas dan mahu lagi Bengkel seumpamanya diadakan pada masa akan datang.Pihak pengurusan PJK Felda Gunung Besout 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.

Tahniah kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah menjayakan Program Bengkel Dandanan dan Solekan” ini!


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Saturday 9 April 2011

:: Kenali Expert Anda ::

Expert yang akan mengendalikan bengkel di Felda Gunung Besout 2 ialah Puan Nurul Azwin Musa. Dilahirkan pada 7 September 1977 ini merupakan anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau adalah anak sulung daripada 5 adik-beradik yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UTM Skudai Johor.
 
Sebelum menjadi Perunding Solekan, beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Mekanikal selama 3 tahun tetapi minatnya yang mendalam pada bidang solekan telah mendorong beliau untuk menjadi perunding solekan dan imej sebagai kerjaya sepenuh masa. 
 
Pada 2003, beliau telah menubuhkan butik pengantin yang dinamakan Seindah Wajah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti andaman, gubahan hantaran, pelamin dan banyak lagi. Butiknya yang kini mencecah usia 7 tahun semakin kukuh dan dikenali ramai.  


Kebolehan yang dianugerahkan Tuhan nyata tidak dipersiakan oleh Puan Awin. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mengadakan kursus-kursus solekan dan dandanan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Sentuhan beliau bukan sahaja  menjadi pilihan bakal pengantin malah selebriti-selebriti di Malaysia terutama mereka yang berimej muslimah. Beliau juga sering dijemput sebagai tetamu undangan di dalam rancangan Nona, Wanita Hari Ini dan Safia dan mendapat liputan dalam Majalah NUR. Selain itu khidmat dan kepakaran beliau turut menjadi perhatian badan-badan korporat termasuk di IPTA seperti UIA,UPM dan Politeknik Sabak Bernam.

Kemuncak kejayaan beliau ialah apabila beliau ditawarkan menjadi jurusolek rasmi rancangan TV seperti Gadis Melayu 1 dan 2, Cari Menantu 2, Resipi Istana, Akademi Al-Quran, Casa Impian, Macam-macam Aznil dan banyak lagi. Selain itu, pembikinan iklan/komersil juga turut mendapat sentuhan solekan beliau seperti Safi Rania dan Gudung beli belah MYDIN

Beliau terus melakar kejayaan apabila berjaya menubuhkan Butik Najjah sebuah butik pakaian muslimah dengan usahasama rakan kongsinya yang juga seorang personaliti TV yang terkenal, Farrah Adeeba di Kota Damansara.


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Peluang baik untuk komuniti Besout 2!!

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Besout 2 akan mengadakan satu Program Expert Workshop iaitu Bengkel Dandanan dan Solekan pada 10hb April 2011.

Bengkel ini diadakan khas untuk Penerokawati yang menetap di sekitar Felda Gunung Besout 2 sahaja. Bengkel yang akan dikendalikan oleh seorang pakar yang berpengalaman, Puan Nurul Azwin Musa, adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Kepada mereka yang berminat dan ingin mempelajari teknik-teknik dandanan dan solekan yang betul dan terkini, sila hadirkan diri anda ke PJK Felda Gunung Besout 2 untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya mendaftarkan diri anda di sana.

Selain itu, para peserta juga secara tidak langsung akan didedahkan tentang penggunaan ICT (internet), di mana setiap nota rujukan, tip & petua, maklumat terkini serta sebarang pertanyaan selepas bengkel boleh dilakukan dengan hanya melalui blog khas ini. 

Blog ini juga akan berfungsi sebagai sumber maklumat kepada peserta bengkel untuk melayari pautan-pautan lain yang berkaitan. Para peserta juga boleh berinteraksi dan bertanya dengan tenaga pakar yang dijemput menggunakan perisian serta ruangan yang disediakan, semuanya secara online.

takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?