Saturday 9 April 2011

:: Kenali Expert Anda ::

Expert yang akan mengendalikan bengkel di Felda Gunung Besout 2 ialah Puan Nurul Azwin Musa. Dilahirkan pada 7 September 1977 ini merupakan anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau adalah anak sulung daripada 5 adik-beradik yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UTM Skudai Johor.
 
Sebelum menjadi Perunding Solekan, beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Mekanikal selama 3 tahun tetapi minatnya yang mendalam pada bidang solekan telah mendorong beliau untuk menjadi perunding solekan dan imej sebagai kerjaya sepenuh masa. 
 
Pada 2003, beliau telah menubuhkan butik pengantin yang dinamakan Seindah Wajah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti andaman, gubahan hantaran, pelamin dan banyak lagi. Butiknya yang kini mencecah usia 7 tahun semakin kukuh dan dikenali ramai.  


Kebolehan yang dianugerahkan Tuhan nyata tidak dipersiakan oleh Puan Awin. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mengadakan kursus-kursus solekan dan dandanan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Sentuhan beliau bukan sahaja  menjadi pilihan bakal pengantin malah selebriti-selebriti di Malaysia terutama mereka yang berimej muslimah. Beliau juga sering dijemput sebagai tetamu undangan di dalam rancangan Nona, Wanita Hari Ini dan Safia dan mendapat liputan dalam Majalah NUR. Selain itu khidmat dan kepakaran beliau turut menjadi perhatian badan-badan korporat termasuk di IPTA seperti UIA,UPM dan Politeknik Sabak Bernam.

Kemuncak kejayaan beliau ialah apabila beliau ditawarkan menjadi jurusolek rasmi rancangan TV seperti Gadis Melayu 1 dan 2, Cari Menantu 2, Resipi Istana, Akademi Al-Quran, Casa Impian, Macam-macam Aznil dan banyak lagi. Selain itu, pembikinan iklan/komersil juga turut mendapat sentuhan solekan beliau seperti Safi Rania dan Gudung beli belah MYDIN

Beliau terus melakar kejayaan apabila berjaya menubuhkan Butik Najjah sebuah butik pakaian muslimah dengan usahasama rakan kongsinya yang juga seorang personaliti TV yang terkenal, Farrah Adeeba di Kota Damansara.


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

No comments:

Post a Comment