Tips & Petua

TIPS WAJAH KEKAL SEGAR



Mendapatkan wajah yang selalu segar dan cantik. Anda harus merawat dan menjaganya.Dan memerlukan perawatan kulit wajah dengan baik kerana seorang wanita  ingin selalu tampil cantik dan menawan serta bersinar bila dipandang. Apabila terlihat kusam dan berminyak serta kotor, ini mengurangkan rasa yakin pada diri. Malah ia juga kelihatan tidak sihat dan tidak menarik. Sehingga kebanyakan wanita sangat memperhatikan penampilan wajah dan memerlukan penjagaan ekstra terhadap kulit wajah sehingga mampu kelihatan bersinar, putih dan bersih juga .Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah:


  • Sebelum menyentuh wajah, cucilah dahulu tangan anda dengan bersih..

  • Lakukan membersihkan wajah secara rutin terutama pagi dan malam sebelum beristirehat.

  • Membersihkan wajah anda dengan sabun, tetapi carilah sabun muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda.

  • Lakukan pengurutan terhadap wajah anda selama 2 minit secara bulatan sehingga ia dapat menghilangkan rasa keletihan dan tegang di wajah.

  • Gunakanlah masker tetapi seminggu sekali atau dua minggu sekali dan sesuaikan dengan jenis kulit wajah anda.

  • Dan lakukan sekali-sekali perawatan di salon bila ada waktu terluang.

  • Jika wajah anda berjerawat, gunakan ubat jerawat yang tepat dan jangan memicit dengan sembarangan kerana akan mengakibatkan iritasi(jangkitan)  Jadinya, bila wajah anda kering gunakan pelembab dimalam harinya.

  • Apabila mengunakan kosmetik yang mengakibatkan wajah anda gatal dan merah, sila hentikan dan terus berjumpa doktor pakar kulit.

  • Banyak minum air putih/air masak iaitu minima 8 gelas kerana dapat melarutkan toksin-toksin di tubuh dan rajinlah makan buah-buahan dan sayuran serta bersenam akan melancarkan sirkulasi darah.



Percayalah anda akan mendapatkan kulit wajah yang bersih dan bersinar.  

Lakukan secara rutin dan anda akan kagum dengan hasilnya!! 








RAHSIA DALAM SOLEKAN WAJAH


Untuk solekan yang sempurna dan sesuai dengan wajah, kamu perlu tahu panduan asas atau tips berikut:


1) Kenali Produk


Kamu perlu tahu dengan mendalam tentang produk kecantikan atau kosmetik yang oleh kulit wajah kamu. Jadi pilihlah produk yang betul-betul sesuai agar hasil yang diperolehi tidak mengecewakan.




2) Kenali Wajah Kamu



Setiap individu mempunyai bentuk wajah yang berbeza dan unik. Kenali kelebihan dan kekurangan bentuk yang terdapat di wajah kamu supaya kamu dapat bersolek dengan kaedah-kaedah yang betul dan hiasan wajah nampak sempurna.




3) Ketahui Teknik Solekan yang Betul



Kamu perlu ketahui teknik solekan untuk menonjolkan kelebihan dan menyembunyikan kekurangan pada wajah kamu seperti penyamaran (shading), penononjolan (highlighting) dan penggunaan ton warna. 




Lakukan ujian atau eksperimen dengan produk-produk percubaan (tester) yang terdapat di kaunter-kaunter penjualan peralatan kosmetik untuk mendapatkan formula yang tepat untuk wajah kamu. Hanya kamu yang paling mengenali bentuk wajah kamu!


Tips Solekan : Sapuan Bedak



Pemakaian bedak merupakan aplikasi ajaib yang bisa merubah kondisi kulit wajah anda. Bedak haruslah disapu pada kulit wajah selepas pemakaian foundation. Bedak mampu menyerlahkan solekan anda dengan hasil yang lembut serta halus. Solekan pastinya akan melekap pada kulit muka untuk jangka masa yang lama jika bedak yang disapu pada wajah sesuai dangan kondisi kulit anda sendiri.
Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Bedak Padat (Compact Powder)
  • Bedak Tabur ( Loose Powder)
  • Bedak Muka (Pressed Powder)
Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. Namun anda boleh mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.


Alatan penting yang harus anda ada apabila melayangkan bedak di muka ialah berus besar! Ya, kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang details seperti batang hidung serta sekitar mata berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna.


Setelah menyapu bedak, perhatikan semula adakah wajah anda benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda! Nah.. Sekarang wajah anda telah benar-benar menyerlah serta halus!

sumber : >tips sapuan bedak<


 Tips Pengayaan Tudung 

 (http://cikmas.blogspot.com/2011/04/tips-pengayaan-tudung.html)

1. Pilihan kain dan anak tudung
  •  Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
  • Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.
Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

2. Majlis Korporat
  • Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
  • Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
  • Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.
3. Majlis kasual atau siang
  • Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
  • Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.
4. Selendang
  • Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
  • Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
  • Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.
5. Selendang dan penjagaan rambut
  • Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
  • Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.
6. Anak tudung
  • Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
  • Jika berambut pendek, gunakan saja 'hairband' atau cekak yang nipi. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
  • Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.
7. Berwajah bulat atau berisi
  • Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
  • Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.
8. Berwajah sawo matang hingga gelap
  • Pilihlah dari warna-warna lembut
  • Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar 

takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?