Wednesday 13 June 2012

Sekitar Bengkel Gubahan Dan Hantaran





Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Gubahan dan Hantaran” telah berjaya diadakan pada 4 Jun 2012 yang lalu. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.


Tema “Bengkel Gubahan dan Hantaran” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Besout 2 untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Besout yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik gubahan dan hantaran. Bengkel ini berjaya mengumpulkan golongan GPW dan beliawanis.



Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini, Puan Shajaratul Binti Ismail amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya.





Kepetahan Puan Shaja dalam menyampaikan pelbagai teknik dan tips gubahan menjadikan bengkel pada hari tersebut amat meriah. Ditambah pula dengan penyertaan aktif daripada peserta, pelbagai soalan dan keraguan diutarakan dan mendapatmaklumbalas serta merta daripada Puan Shaja.




Di akhir bengkel, para peserta meluahkan hasrat mereka supaya lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Besout 2.





Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menjadikan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.
Ramai peserta yang meluahkan rasa tidak puas dan mahu lagi Bengkel seumpamanya diadakan pada masa akan datang.Pihak pengurusan PJK Felda Gunung Besout 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.



Tahniah kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah menjayakan Program “Bengkel Gubahan dan Hantaran” ini!


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Friday 1 June 2012

Kenali Expert Anda | Gubahan Hantaran | 4 Jun 2012




Pakar yang akan dibawa khas ke Felda Gunung Besout 2 ini merupakan anak jati Alor Setar, Kedah iaitu Puan Shajaratul Ismail. Anak ke-2  daripada 5 orang adik-beradik ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Seni Komputer Digital daripada Universiti Multimedia Malaysia (MMU).


        Ibu kepada seorang putera berusia 7 tahun ini mula berkecimpung dalam bidang perundingan perkahwinan semenjak 7 tahun yang lalu. Pada mulanya, bidang seni hiasan dan andaman hanyalah sekadar hobi semata-mata namun galakan daripada teman-teman dan keluarga telah mendorong beliau untuk menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya. 


        Keputusan nekad yang diambil untuk menubuhkan butik sendiri iaitu Shajaratul Design ternyata membuahkan hasil yang membanggakan. Kini, butiknya menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, gubahan hantaran, cenderahati yang dihasilkan daripada bunga-bunga kristal, dip, dan banyak lagi. 


          Kualiti kerja yang sangat teliti dan kreativiti beliau yang tinggi telah berjaya menempatkan beliau sebaris dengan perunding perkahwinan ternama yang lain di seluruh Malaysia. Buktinya, beliau sering mengendalikan majlis perkahwinan golongan VIP  di hotel-hotel ternama di Lembah Klang seperti di The Palace of Golden Horses, Equatorial dan Concorde. 


          Kejayaan lain yang telah dikecapi oleh usahawan muda ini mendapat liputan media yang meluas antaranya di dalam Majalah Pengantin, Majalah Nona dan Majalah RASA. Beliau juga pernah bersiaran di dalam rancangan Wanita Hari Ini  dan Ratu Sehari di TV3. Selain itu, beliau juga sering dijemput menyertai Pameran Perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur bagi membuat  demonstrasi gubahan hantaran dan cenderahati.


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?