Monday 16 September 2013

Sekitar Bengkel Asas Fotografi


Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Asas Fotografi” telah berjaya diadakan pada 14 September 2013 yang lalu. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan belia, remaja dan dewasa lelaki.

Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini, En.Zahrul amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya. Bengkel yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta diadakan di Bilik Mesyuarat JKKR Felda Besout 2.




En.Zahrul memulakan sesi pada pagi itu dengan memperkenalkan profile diri beliau dan berkongsi serba sedikit kisah dan pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri dalam dunia fotografi.

Sesi berikutnya menyaksikan para perserta dibawa ke bahagian "studio" yang diadakan di dalam Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (bersebelahan dengan Bilik Mesyuarat Felda Besout 2).




Dalam sesi ini, para peserta sendiri dikehendaki untuk "set-up" mini studio dengan tunjuk ajar En.Zahrul. Para peserta bergilir-gilir diberi peluang untuk memegang dan merasai sendiri peralatan studio tersebut. Kebanyakan para peserta belum pernah lagi terlibat dalam sesi seperti itu sebelum ini. 










Seterusnya En.Zahrul menerangkan pula tentang asas utama dalam pengambilan gambar yang mana melibatkan Shutter Speed, ISO, Apature dan juga White Balance.





Sesi fotografi studio berlangsung bermula pada jam 11.00 sehingga jam 1.00 tengah hari dan diteruskan lagi dengan sesi editing menggunakan perisian Adobe Photoshop. Bengkel berakhir pada jam 2.00 petang dengan sedikit jamuan buat semua perserta yang terlibat.





takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Wednesday 11 September 2013

Bengkel Asas Fotografi



takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Wednesday 13 June 2012

Sekitar Bengkel Gubahan Dan Hantaran





Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Gubahan dan Hantaran” telah berjaya diadakan pada 4 Jun 2012 yang lalu. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.


Tema “Bengkel Gubahan dan Hantaran” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Besout 2 untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Besout yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik gubahan dan hantaran. Bengkel ini berjaya mengumpulkan golongan GPW dan beliawanis.



Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini, Puan Shajaratul Binti Ismail amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya.





Kepetahan Puan Shaja dalam menyampaikan pelbagai teknik dan tips gubahan menjadikan bengkel pada hari tersebut amat meriah. Ditambah pula dengan penyertaan aktif daripada peserta, pelbagai soalan dan keraguan diutarakan dan mendapatmaklumbalas serta merta daripada Puan Shaja.




Di akhir bengkel, para peserta meluahkan hasrat mereka supaya lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Besout 2.





Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menjadikan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.
Ramai peserta yang meluahkan rasa tidak puas dan mahu lagi Bengkel seumpamanya diadakan pada masa akan datang.Pihak pengurusan PJK Felda Gunung Besout 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.



Tahniah kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah menjayakan Program “Bengkel Gubahan dan Hantaran” ini!


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Friday 1 June 2012

Kenali Expert Anda | Gubahan Hantaran | 4 Jun 2012




Pakar yang akan dibawa khas ke Felda Gunung Besout 2 ini merupakan anak jati Alor Setar, Kedah iaitu Puan Shajaratul Ismail. Anak ke-2  daripada 5 orang adik-beradik ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Seni Komputer Digital daripada Universiti Multimedia Malaysia (MMU).


        Ibu kepada seorang putera berusia 7 tahun ini mula berkecimpung dalam bidang perundingan perkahwinan semenjak 7 tahun yang lalu. Pada mulanya, bidang seni hiasan dan andaman hanyalah sekadar hobi semata-mata namun galakan daripada teman-teman dan keluarga telah mendorong beliau untuk menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya. 


        Keputusan nekad yang diambil untuk menubuhkan butik sendiri iaitu Shajaratul Design ternyata membuahkan hasil yang membanggakan. Kini, butiknya menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, gubahan hantaran, cenderahati yang dihasilkan daripada bunga-bunga kristal, dip, dan banyak lagi. 


          Kualiti kerja yang sangat teliti dan kreativiti beliau yang tinggi telah berjaya menempatkan beliau sebaris dengan perunding perkahwinan ternama yang lain di seluruh Malaysia. Buktinya, beliau sering mengendalikan majlis perkahwinan golongan VIP  di hotel-hotel ternama di Lembah Klang seperti di The Palace of Golden Horses, Equatorial dan Concorde. 


          Kejayaan lain yang telah dikecapi oleh usahawan muda ini mendapat liputan media yang meluas antaranya di dalam Majalah Pengantin, Majalah Nona dan Majalah RASA. Beliau juga pernah bersiaran di dalam rancangan Wanita Hari Ini  dan Ratu Sehari di TV3. Selain itu, beliau juga sering dijemput menyertai Pameran Perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur bagi membuat  demonstrasi gubahan hantaran dan cenderahati.


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Monday 2 May 2011

kemahiran hias wajah tidak disiakan

Tarikh 1 Mei pada setiap tahun menjadi pilihan pada pasangan raja sehari untuk melangsungkan majlis perkahwinan kerana ia merupakan cuti umum kepada kebanyakan orang. Tidak melepaskan peluang tersebut, Norazila Binti Firemli, puteri kepada Encik Firemli Bin Hussin salah seorang peneroka di Felda Gunung Besout 2 ini turut melangsungkan majlis pernikahan. 


Norazila amat beruntung kerana adinda beliau iaitu Norazlin Binti Firemli memiliki kemahiran menghias wajah dan azlin juga ada mengikuti kursus andaman wajah di sebuah institut kemahiran di Perak. Bakat yang ada ditambah dengan keyakinan yang tinggi, Fazlin dengan jayanya mengubah wajah kekanda beliau menjadi anggun dan ayu pada hari yang bersejarah itu.




-sebelum-



-selepas-


sumber gambar : azlin Firemli

kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut, boleh menghubungi Fazlin melalui akaun facebook beliau di Fazlin Firemli

takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Thursday 28 April 2011

Nur D'Qaseh Bridal Menjanjikan Kelainan Wajah

Wajah yang halus dan cantik adalah idaman semua wanita. Kita pasti rela mengeluarkan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit untuk mendapatkannya. Pendek kata, demi menjaga kecantikan, ramai yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit. 

Majlis Perkahwinan juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Sudah semestinya kita ingin kelihatan anggun pada hari yang amat bermakna sebegitu bukan? Golongan wanita terutamanya sememangnya akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar asalkan mendapat kepuasan bagi wajah mereka.

Pada 17 April 2011 yang lalu, Nur Adilla Azhari telah melangsungkan perkahwinan di Tapak Homestay Sg Klah. Nur Adilla merupakan puteri sulung  kepada bekas Pegawai Pejabat Felda Gunung Besout 2 iaitu Encik Azhari yang telah berkhidmat agak lama di sini. Nur Adilla memilih Nur D'Qaseh Bridal sebagai wedding planner ataupun pengurus perkahwinan beliau. Nur D'Qaseh Bridal juga menyediakan perkhidmatan tatarias wajah untuk majlis perkahwinan Nur Adilla. 


sumber gambar : nur D'Qaseh Bridal

kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat hias wajah di hari perkahwinan / pertunangan boleh lah lawati blog Nur D'Qaseh di :


atau boleh hadir terus ke premis kedai mereka yang terletak di Pekan Sungkai (di blok RHB Bank Sungkai)


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?

Tuesday 12 April 2011

Bengkel Dandanan dan Solekan Best!

Program Expert Workshop yang bertemakan “Bengkel Dandanan dan Solekan” telah berjaya  diadakan pada 10hb April 2011. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.


Tema Bengkel Dandanan dan Solekan” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Besout 2 untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Besout yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik dandanan dan solekan. Bengkel ini berjaya mengumpulkan golongan GPW dan beliawanis.Pakar yang diundang khas dalam bengkel ini,  Puan Nurul Azwin Musa amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu yang dianugerahkan padanya. 



 Bengkel ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas Encik Fadzil bin Mansor, Pengurus Felda Gunung Besout 2  dan Pengerusi GPW Felda Gunung Besout 2. Kepetahan Puan Awin dalam menyampaikan pelbagai teknik dan tips dandanan dan solekan menjadikan bengkel pada hari tersebut amat meriah. Ditambah pula dengan penyertaan aktif daripada peserta, pelbagai soalan dan keraguan diutarakan dan mendapat maklumbalas serta merta daripada Puan Awin.


Di akhir bengkel, para peserta meluahkan  hasrat mereka supaya lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Besout 2.
Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menjadikan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.







Ramai peserta yang meluahkan rasa tidak puas dan mahu lagi Bengkel seumpamanya diadakan pada masa akan datang.Pihak pengurusan PJK Felda Gunung Besout 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.

Tahniah kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah menjayakan Program Bengkel Dandanan dan Solekan” ini!


takkan tengok aje,kata-kata manis takde ke?