Majlis Perkahwinan juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Sudah semestinya kita ingin kelihatan anggun pada hari yang amat bermakna sebegitu bukan? Golongan wanita terutamanya sememangnya akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar asalkan mendapat kepuasan bagi wajah mereka.
Pada 17 April 2011 yang lalu, Nur Adilla Azhari telah melangsungkan perkahwinan di Tapak Homestay Sg Klah. Nur Adilla merupakan puteri sulung kepada bekas Pegawai Pejabat Felda Gunung Besout 2 iaitu Encik Azhari yang telah berkhidmat agak lama di sini. Nur Adilla memilih Nur D'Qaseh Bridal sebagai wedding planner ataupun pengurus perkahwinan beliau. Nur D'Qaseh Bridal juga menyediakan perkhidmatan tatarias wajah untuk majlis perkahwinan Nur Adilla.
sumber gambar : nur D'Qaseh Bridal
kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat hias wajah di hari perkahwinan / pertunangan boleh lah lawati blog Nur D'Qaseh di :
atau boleh hadir terus ke premis kedai mereka yang terletak di Pekan Sungkai (di blok RHB Bank Sungkai)
No comments:
Post a Comment